5 Sebab Mengapa Kita Perlu Membeli Aset Sebelum GST

Posted by Sabah house on Tuesday, March 10, 2015 with No comments
Semakin hari kita semakin menghampiri program pelaksanaan GST. Di mana-mana sahaja pasti kita mendengar dan membaca sendiri pandangan positif dan negatif orang ramai tentang pelaksanaan ini. Tetapi bagi saya,tiada guna kita mempertikaikan semua ini kerana perkara ini pastinya menjadi satu kenyataan dimana seluruh rakyat Malaysia akan melaluinya. Pepatah orang putih mengatakan "LIFE MUST GO ON". Maka dengan itu kita harus bersedia untuk berjuang ke hadapan, melalui liku-liku kehidupan dan sentiasa positif untuk hidup. Jika kita hidup hanya untuk merungut atau asyik tidak puas hati dengan apa yang berlaku, kita pasti tidak mampu mencapai matlamat hidup. Selagi hayat dikandung badan, jadikan setiap hari kita adalah yang terbaik kerana esok  tidak akan kembali lagi.

Memandangkan sebelum ini saya sudah pernah bercerita tentang GST maka tidak perlulah saya mengulas panjang lebar tentang perkara ini. Hari ini saya membaca satu blog versi inggeris dan saya sangat tertarik pada ayat-ayatnya terutama sekali ianya menyentuh tentang sebab-sebab mengapa kita perlu memiliki aset sebelum GST. Di bawah ini saya kongsikan sebuah gambar yang sudah cukup menceritakan kita tentang pengaruh GST. Sebab itu... kepada mereka yang masih berfikir-fikir untuk membeli aset pada bulan depan, saya syorkan berhentilah berfikir dan cepat-cepatlah menghubungi saya untuk membuat tempahan awal.