PINJAMAN PERUMAHAN UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN ( BPP)

Posted by Sabah house on Sunday, March 22, 2015 with 18 comments

SYARAT-SYARAT ASAS


  • Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
  • Warganegara Malaysia
  • Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
  • Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Bukan seorang bangkrap @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
  • Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah disahkan oleh peguam
  • Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

JENIS PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN YANG DILULUSKAN :


  • JENIS II:   Membina rumah di atas tanah sendiri
  • JENIS III:  Membeli rumah atau petak rumah kediaman dalam pembinaan
  • JENIS IV:  Membeli tanah dengan tujuan membina rumah
  • JENIS V:   Menyelasaikan Hutang Pinjaman Bank/Institusi Kewangan
  • JENIS VI:  Membina rumah di atas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman kerajaan
  • JENIS VII: Membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman
    
KELAYAKAN PINJAMAN / PEMBIAYAAN

  • Sila pastikan bahawa AMAUN KELAYAKAN pinjaman/pembiayaan adalah berdasarkan kepada GAJI HAKIKI SEMASA permohonan  (Sila rujuk Pekeliling PR1.1/2014 )
  • Amaun pinjaman/pembiayaan yang ditawarkan adalah berdasarkan pada amaun terendah diantara kelayakan/harga rumah/bakihutang bank @ laporan penilaian.
  • Anda juga boleh mengira kelayakan pinjaman perumahan anda berdasarkan jadual di bawah :


Untuk keterangan lanjut sila hubungi 011-12651088