PENGELUARAN KWSP UNTUK MEMBINA RUMAH ( UNTUK PENCARUM KWSP )

Posted by Sabah house on Friday, April 03, 2015 with 1 comment
PENGELUARAN KWSP UNTUK MEMBINA RUMAH



Anda boleh mengeluarkan simpanan kwsp akaun 2 untuk pembinaan sebuah rumah secara individu atau pembinaan secara bersama dengan suami isteri.

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON :

1. Warganegara Malaysia
2. Bukan warganegara Malaysia tetapi telah menjadi ahli kwsp sebelum 1 ogos 1998 atau telah mendapat taraf penduduk tetap
3. Umur belum mencapai 55 tahun pada tarikh permohonan dibuat
4. Mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2

SYARAT-SYARAT PENGELUARAN

1.Membina sebuah rumah di atas tanah milik sendiri atau milik suami/Isteri

2.Membina rumah di atas tanah FELDA atau tanah milik agensi kerajaan yang telah diiktiraf dengan syarat mendapat pengesahan daripada agensi tersebut untuk penentuan status pemilikan tanah

3.Pembiayaan pembinaan rumah melalui :-
  (i) Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut :
       - Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989(BAFIA)
       - Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
       - Majikan ahli
       - Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
       - Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
       - Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP;
         ATAU
  (ii) Secara tunai

4. Telah menandatangani surat perjanjian menbina rumah tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan diterima.  

5. Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membina rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membina rumah kedua. Bukti penjualan /pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan

6. Kos membina rumah adalah amaun yang dinyatakan di dalam Surat Perjanjian Membina Rumah.Kos membeli tanah juga boleh diambil kira dengan syarat tarikh Perjanjian Jual Beli Tanah adalah dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh Perjanjian Membina Rumah.

7. Anda tidak layak memohon sekiranya :-
   - Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
   - Mengubahsuai, membaiki / membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.
   - Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf.
   - Membina rumah ketiga.
   - Membina rumah di luar negara
   - Membina rumah bersama individu lain yang tiada pertalian suami-isteri


SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5)

2. Kad Pengenalan Diri
   (a) MyKad / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR)
   ATAU
   (b) Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no.Polis dan no. Kad Pengenalan Pengenalan Diri merujuk kepada orang yang sama (jika tidak memiliki    MyKad/ Kad Pengenalan polis yang tidak tertera no. Kad Pengenalan Diri)
   ATAU
   (c) Pasport. Jika bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998

Nota :
Salinan kad pengenalan tidak perlu sekiranya ahli adalah pemegang MyKad dan Pengecaman Cap Ibu Jari ahli dengan Pengkalan Data KWSP atau Bacaan MyKad adalah padan.
Ahli yang tidak memiliki MyKad dan/atau permohonan melalui pos/ wakil masih perlu mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri masing-masing.

3. Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli
   Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan ATAU Penyata Akaun Semasa ATAU surat Pengesahan Bank Mengenai Butiran Pemegang Akaun ATAU Cetakan Butiran Pemegang Akaun melalui    Laman Web.

Nota :
- Mempunyai akaun di bank panel KWSP yang dilantik
- Akaun bank mestilah yang masih aktif
  (Dokumen asal dikecualikan jika ahli dapat memberi maklumat akaun bank dengan betul tanpa merujuk kepada dokumen asal. Ketepatan maklumat penting bagi mengelakkan   pengkreditan terus ke akaun ahli gagal)

4. Permohonan Secara Pos
    Borang Permohonan Pendaftaran Ahli dan Pindaan Maklumat (KWSP 3)

DOKUMEN SOKONGAN UNTUK PEMBINAAN RUMAH PINJAMAN

1. Surat Perjanjian Bina Rumah yang mengandungi nama ahli atau nama suami / isteri ahli; ATAU
   Surat Perjanjian Bina Rumah yang mengandungi nama ahli dan nama suami / isteri ahli bagi pembinaan bersama;
   ATAU
   Surat Akuan Sumpah daripada ahli mengenai pembinaan rumah yang mengandungi butiran harta, jenis rumah, tarikh mula pembinaan dan kos pembinaan dengan setem hasil    RM10.00
   (Tarikh perjanjian pembinaan tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)

2. Surat Perjanjian Membeli Tanah (jika tarikh perjanjian tersebut adalah dalam tempoh 2 tahun dari tarikh Perjanjian Membina Rumah).

3. Suratan Hakmilik Tanah / Catatan Carian Rasmi atas nama ahli atau atas nama suami / isteri ahli (sekiranya atas nama suami /isteri, sila kemukakan bukti pertalian)

4. Harta Dalam Majlis Bandaran
   Surat Kelulusan pembinaan rumah oleh Pihak Berkuasa Tempatan; ATAU Pelan rumah yang lengkap dengan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan

5. Harta Di Luar Kawasan Majlis Bandaran
   Surat pengesahan rumah yang dibina berada di luar kawasan Majlis Perbandaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan / Ketua  Kampung / Penghulu / Jawatankuasa Kampung   (JKK); DAN Pelan lakaran rumah

6. Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan  pinjaman kurang daripada setahun)
   ATAU
   Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan DAN Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan / Borang Gadaian 16A / Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada       pemberi pinjaman (sekiranya kelulusan pinjaman melebihi setahun)

7. Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah
   i.   Resit bayaran binaan; ATAU
   ii.  Bil pembelian bahan binaan; ATAU
   iii. Surat pengesahan bayaran daripada kontraktor
   (Bukti bayaran di atas tidak melebihi tiga tahun daripada tarikh permohonan diterima)

8. Sijil Arkitek / Surat Permintaan Bayaran yang menunjukkan peringkat pembinaan tidak kurang daripada 20% (bagi kes pembinaan oleh kontraktor dan arkitek bertauliah)

9. Pelan lokasi tapak pembinaan rumah (bagi kes rumah yang dibina di luar kawasan Majlis Perbandaran)

NOTA :
KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan sekiranya diperlukan dan menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

CARA PERMOHONAN DIHANTAR

Permohonan boleh dihantar di mana-mana cawangan KWSP sama ada melalui serahan di kaunter ATAU melalui pos.

SERAHAN DI KAUNTER
Sila bawa bersama SEMUA dokumen asal bagi tujuan pengesahan oleh Pegawai KWSP.Bagaimanapun, jika salinan dokumen telah dibuat pengesahan sila pastikan salinan dokumen disahkan oleh pegawai yang dibenarkan oleh KWSP, lengkap dengan tandatangan, nama, jawatan dan cop rasmi pengesah.

SERAHAN MELALUI POS
Sila pastikan SEMUA salinan dokumen telah disahkan oleh pegawai yang dibenarkan oleh KWSP, lengkap dengan tandatangan,nama,jawatan
dan cop rasmi pengesah.

Permohonan melalui pos boleh dialamatkan kepada :-
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
Karung Berkunci No. 220
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya
SELANGOR

PERTANYAAN
Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi :
Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran

Pusat Pengurusan Panggilan KWSP. Tel: 03-8922 6000

Maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my

Sila nyatakan nombor KWSP atau nombor Kad Pengenalan ahli dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan dengan KWSP. Anda juga boleh melayari laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran KWSP dan panduan umum kepada ahli.

Rujukan : http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/717786/Risalah_Membina_Rumah_Jun_2013__BM_.pdf