CERITA TENTANG KWSP LAGI

Posted by Sabah house on Tuesday, April 07, 2015 with No comments

Untuk makluman saudara dan saudari, Sabahhouse adalah bahagian pemasaran rumah-rumah baru di Sabah dan bahagian pengurusan dokumen pinjaman perumahan sahaja. Untuk urusan pengeluaran kwsp atau pengurusan pinjaman perumahan BPP untuk membeli atau membuat rumah adalah diluar bidang Sabahhouse. Artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian sahaja.

Jumlah pembaca bahagian topik pengeluaran KWSP di blog Sabahhouse

Jumlah pembaca blog sabahhouse di topik 'PENGELUARAN KWSP UNTUK MEMBINA RUMAH ( UNTUK PENCARUM KWSP ) mencapai angka pembaca yang tinggi berbanding dengan tajuk-tajuk lain yang ada didalam blog Sabahhouse.Saya berpendapat betapa pentingnya kita mengetahui cara-cara untuk mengeluarkan KWSP kita untuk membeli atau membuat rumah sendiri memandangkan rumah adalah aset material manusia yang sangat penting dalam kehidupan ini. Saya sedar betapa rakyat sabah sangat terhimpit untuk membeli rumah yang semakin hari semakin mahal sedangkan gaji atau pendapatan pun tidak mampu menampung bulanan bayaran balik rumah tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak berani membeli rumah sekarang dengan alasan harga yang mahal sudah tentu pada masa hadapan anda pasti kecewa kerana harga rumah tetap akan meningkat sebanyak 10 hingga 15 peratus setiap tahun. 

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang proses pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk membuat pembayaran downpayment pinjaman perumahan.

Di antara dokumen yang perlu disediakan adalah:
-Salinan kad pengenalan
-Salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) Rumah
-Salinan bank statement atau buku bank
-Salinan surat kelulusan pinjaman bank
-Dan sila bawa bersama salinan asal (original copy) untuk setiap dokumen yang difotostat tadi.

Selepas itu, pergi ke mana-mana pejabat KWSP dan isi Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5). Duit dari Akaun 2 anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank dalam tempoh masa dari dua hingga empat minggu.

Satu lagi pesanan saya, pastikan segala maklumat seperti nama, alamat, dan sebagainya adalah sama di dalam Perjanjian Jual Beli (S&P) Rumah dan juga surat kelulusan pinjaman bank. Jika tidak, pegawai KWSP akan terpaksa menolak permohonan anda dan meminta anda membetulkan kesalahan yang ada sebelum datang semula ke pejabat KWSP.

Saya berharap perkongsian ini dapat membuka jalan anda untuk membeli atau membina rumah sendiri.