KOS YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBELI RUMAH
Posted by Sabah house on Tuesday, April 07, 2015 with No comments
Tiga atau empat tahun yang lepas, kita masih boleh mendapat harga rumah yang bermula dari RM150,000. Pada masa itu, ramai orang yang menyatakan bahawa harga tersebut adalah sangat mahal, tidak berbaloi, dan tidak wajar. Namun setiap tahun saya memerhatikan harga rumah tetap meningkat dari masa ke semasa dan ini sudah pastinya berita buruk bagi mereka yang belum memiliki rumah sendiri. Sejak dari tahun 2010 sehingga tahun 2012, kerajaan beranggapan bahawa harga dalam lingkungan RM200,000 adalah harga yang ‘berpatutan’ bagi pembelian sesebuah rumah. Ini terbukti apabila kerajaan melancarkan Skim Rumah Pertamaku buat pertama kalinya untuk membantu pembeli menampung pembiayaan rumah yang berharga sehingga RM220,000.
Walaubagaimanapun, menjelang akhir tahun 2012, ia telah menjadi semakin jelas bahawa rumah yang berada dalam lingkungan harga RM200,000 ini telah menjadi sesuatu yang jarang akan didapati di pasaran. Para pembeli rumah pertama kali mendapati kemampuan mereka tidak dapat membiayai harga rumah-rumah yang berada di pasaran. Apabila kerajaan juga menyedari keadaan harga hartanah (rumah) yang semakin meningkat, kerajaan juga telah meningkatkan harga maksimum bagi rumah yang layak untuk SRP mencapai sehingga RM400,000.
Bagi golongan yang berpendapatan rendah, mereka mendapati bahawa ia amat melucukan kerana tag harga sebanyak RM400,000 untuk sebuah rumah telah dianggap sebagai harga ‘berpatutan’. Di mana harga tersebut sebenarnya adalah di luar kemampuan golongan berpendapatan rendah ini. Usaha-usaha kerajaan untuk cuba menentukan harga ‘berpatutan’ bagi sebuah rumah mampu milik menunjukkan bahawa usaha tersebut perlulah dinilaikan dengan keadaan peribadi kita. Tingkat harga yang mungkin menjadi ‘berpatutan’ kepada anda pada hari ini mungkin tidak akan memberikan taraf hidup yang sama berbanding dengan tingkat harga yang ‘berpatutan’ kepada anda pada 5 tahun yang lalu.
Pertama sekali, kita mulakan daripada kos kemasukan awal bagi pembelian sebuah rumah. Jadual di bawah menunjukkan pelbagai jenis pendahuluan tunai yang perlu dibayar oleh seseorang ketika membeli rumah dalam lingkungan harga yang diberikan. Terdapat bayaran muka sebanyak 10% yang dikenakan daripada harga rumah yang ingin dibeli, bersama dengan bayaran lain seperti Yuran Guaman dan Duti Setem.
Jika kos kemasukan di atas kelihatan tidak menggalakkan, jangan risau! Ada harapan lagi. Jika anda merupakan seorang pembeli rumah pertama kali, terdapat skim dan kaedah tertentu yang boleh meringankan bebanan anda untuk menyimpan wang tunai yang mencukupi. Ini termasuklah:
1.) Skim Rumah Pertamaku, yang membolehkan anda untuk mengambil pinjaman 100% untuk membeli rumah dan mengelakkan bayaran muka sebanyak 10% (Sila hubungi Encik Ridwan di talian 019-862 6168 untuk keterangan lanjut).
2.) Skim KWSP yang membolehkan anda mengeluarkan wang daripada Akaun 2 KWSP anda untuk membayar bayaran muka rumah tersebut.
Walaupun seseorang berkemampuan untuk menampung kos kemasukan awal dalam pembelian rumah, seseorang itu juga perlu layak untuk mendapatkan pinjaman perumahan supaya proses pembelian ini boleh diteruskan. Terdapat dua kriteria yang perlu dipertimbangkan untuk menilai sama ada sesebuah pinjaman perumahan mampu untuk dimiliki atau tidak.
Pertamanya, adakah pendapatan anda memenuhi tahap pendapatan minimum yang boleh diterima oleh sesebuah bank untuk diberikan pinjaman? Kedua, jika anda layak untuk pinjaman tersebut, adakah anda mempunyai baki wang yang mencukupi selepas membayar ansuran bulanan anda?Ia adalah tidak bijak untuk membuat pembelian rumah jika salah satu jawapan anda di atas adalah "Tidak".
Jadual di atas menunjukkan anggaran untuk tahap pendapatan minimum yang diperlukan oleh seseorang supaya layak untuk mendapatkan jumlah pinjaman seperti yang disenaraikan di jadual atas. Ia juga menunjukkan anggaran untuk ansuran bulanan yang perlu dibayar. Pengiraan ini tidak mengambil kira apa-apa komitmen lain yang anda mungkin ada!
Kesimpulannya, walaupun keadaan kewangan peribadi anda mungkin unik, tetapi kos yang berkaitan dengan pembelian rumah adalah ditetapkan mengikut harga. Cara terbaik untuk mengetahui berapa harga yang anda mampu atau harga yang berpatutan adalah dengan membandingkan kewangan peribadi anda dengan kos yang diperlukan.
0 comments:
Post a Comment