Memohon pinjaman Kerajaan (BPP) untuk membina rumah di tanah sendiri (Khas untuk kakitangan kerajaan)

Posted by Sabah house on Thursday, April 02, 2015 with 4 comments
Cara memohon pinjaman Kerajaan (BPP) untuk membina rumah di tanah sendiri (Khas untuk kakitangan kerajaan)

Rumah pada zaman ini semakin mahal dan itulah hakikatnya yang kita perlu terima. Selalu juga kita mendengar dan terbaca rungutan orang tentang harga rumah di Sabah terlalu mahal berbanding dengan harga rumah di semananjung sehingga ada yang bercadang untuk membuat rumah tetapi tidak tahu bagaimana hendak memohon pinjaman bagi menampung kos pembinaan rumah.

Kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit maklumat untuk menggunakan pinjaman perumahan BPP untuk membina rumah atas tanah sendiri.

Pinjaman yang boleh anda mohon ialah:
1. Pinjaman Jenis ke-2 iaitu Membeli rumah diatas tanah sendiri
2. Pinjaman Jenis ke-6 iaitu Membina rumah diatas tanah pemohon yang dibeli melalui pinjaman BPP
***Jika belum mempunyai tanah, anda boleh membuat pinjaman beli tanah dan kemudian barulah membina rumah.

Perkara-perkara yang perlu diperhatikan apabila ingin membina rumah atas tanah sendiri adalah :
1. Melantik Peguam bagi tujuan untuk membuat perjanjian pembinaan.
2. Melantik kontraktor dan arkitek yang berpengalaman bagi tujuan :
   ** Supaya perumahan tidak berlaku kelewatan rumah siap dan mengikut undang-undang.
   ** Membuat pembinaan mengikut plan yang disediakan oleh arkitek bertauliah.
   ** Menyediakan laporan tuntutan bayaran kepada peguam untuk diserahkan kepada BPP.
   ** kontraktor melantik arkitek berdaftar menyiapkan plan.
   ** Mendapatkan kelulusan daripada PBT.

Sekiranya ingin berjimat, anda boleh melantik seorang arkitek sambilan tetapi apapun perlu berhati-hati. Jika tanah di luar kawasan majlis, pelan diperlukan tetapi perlu mendapat pengesahan pihak majlis bahawa tanah adalah di luar kawasan majlis. Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan BPP.


Langkah 1:
Pemohon perlu melantik kontraktor dan peguam yang berpengalaman iaitu yang biasa berurusan dengan pihak BPP. Jika kontraktor atau peguam yang dilantik tidak biasa berurusan dengan pihak BPP, dikhuatiri akan berlaku banyak masalah.  Hal ini disebabkan kebanyakan dokumen akan diuruskan oleh kedua pihak berkenaan.

Langkah 2:
Arkitek akan buat pelan rekabentuk berdasarkan persetujuan peminjam dan kos cadangan dari kontraktor. Pemohon perlu berhati-hati dalam memilih kontraktor kerana banyak berlaku kes dimana kontraktor gagal menyiapkan pembinaan berikutan masalah kewangan ( kontraktor akan mendahulukan wang sendiri setelah pembinaan siap dalam 20%, kemudian claim wang tersebut dengan BPP melalui peguam dan jika kontraktor itu mempunyai modal, tuntutan boleh dibuat selepas rumah siap dibina ).

Langkah 3:
Setelah pemohon dan kontraktor melalui arkitek bersetuju dengn pelan rekabentuk, pemohon , peguam dan kontraktor perlu menghantar borang permohonan ke Pejabat Penilaian. Pemohon boleh mengisi permohonan pinjaman SPPB secara online.

Langkah 4:
Kontraktor akan memulakan kerja pembinaan setelah mendapat surat kelulusan dari BPP, Lampiran E (surat setuju terima) ditandatangani dan peguam telah membuat gadaian.


Cara pembayaran kos pembinaan perlulah mengikut jadual seperti di bawah dan sebaiknya dimasukkan ke dalam perjanjian



            CARTA ALIR UNTUK MEMBINA RUMAH DIATAS TANAH SENDIRI

KESIMPULANNYA:

Membina rumah di atas tanah sendiri bermaksud anda bebas untuk membuat rekabentuk rumah mengikut kehendak dan kepuasan sendiri malah anda juga boleh menjimatkan kos peruntukan untuk membina rumah.Walau bagaimanapun, Sekiranya tersilap boleh meningkatkan kos.