SABAH HOUSE MEMBERI MAKLUMAT TENTANG PROJEK RUMAH YANG BARU KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN DAN SWASTA YANG INGIN MEMILIKI RUMAH.

02 February 2020

RUMAH TERES SATU TINGKAT @ TUARAN RM290,000

Rumah teres setingkat ๐Ÿ˜️SRI SURIA JAYA FASA 2 TUARAN,  dibuka untuk pendaftaran awal.  

 SPESIFIKASI

* HARGA

LOT TEPI : RM407,294 KE ATAS


LOT TENGAH : RM290,000

* KELUASAN LOT TENGAH
TANAH :18 X 74
BANGUNAN :18 X 44
DEPAN :18 X 20
BELAKANG :18 X10

* KELUASAN LOT TEPI
TANAH : 22 X 74
BANGUNAN : 22 X 44
DEPAN : 22 X 20
BELAKANG : 22 X10

* 3 BILIK TIDUR*
* 2 TANDAS*
* SILING TINGGI DI KAWASAN DAPUR (18 kaki )


 ✅BAYARAN TEMPAHAN

RM 500

 ✅PERCUMA

* YURAN GUAMAN 
* SEMAKAN KELAYAKAN BANK DAN LPPSA
* PENGURUSAN PINJAMAN PERUMAHAN UNTUK BANK DAN LPPSA
* LENGKAP DENGAN PERABOT 
* AIRCOND
* PUMP AIR

 ✅JARAK

- BERSEBELAHAN DENGAN SMK SRI NANGKA 
- CKS PLAZA ( 3 KM )
- PEKAN TUARAN ( 5 KM )
- HOSPITAL TUARAN ( 8 KM )

 ✅PANEL BANK 
MAYBANK

๐Ÿ“ณHubungi  01163714800 atau whatsapp Shirley๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿ’ผ

wasap.my/601163714800




















DOUBLE STOREY TERRACE HOUSE @ TUARAN RM388,000

✍️Open for registration.
๐Ÿ  DOUBLE STOREY TERRACE HOUSE
      TUARAN
๐Ÿ’ต RM388,000 ONWARD

WHY REGISTER NOW?
✔️ FREE SNP & LOAN AGREEMENT
✔️ RM1000 CASH REBATE ๐Ÿ˜ ( term &
       Condition )
✔️ VOUCHER RM3,888 ( term & condition )

Don't miss out this earlybird promotion ‼️
CALL OR WHATSAPP 01163714800 for details.

*All pictures shown are for illustration purpose only.




11 September 2018

TAMAN VILLA AKASIA @ TUARAN

DIBUKA UNTUK JUALAN

Rumah teres dua tingkat yang menampilkan rekabentuk kemas,moden dan menarik pastinya memenuhi impian anda. Konsep perumahan yang tidak padat dan selesa sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan yang cintakan suasana aman dan damai. Hanya 7 km ke pekan Tuaran. Kawasan perumahan berhampiran dengan sekolah rendah, sekolah menengah dan klinik.


- HARGA BERMULA DARI RM332,800 ( LOT TENGAH )
- LUAS TANAH 984.91-1130.22  SQFT
- HARGA RM373,800-RM402,800 ( LOT TEPI )
- LUAS TANAH 1848.07- 2661.82 SQFT
- 3 BILIK
- 2 TANDAS
- Keluasan tingkat bawah 16.5' x 26'
- Tempat letak kereta: 16.5' x 20' 
- Belakang rumah: 16.5 'x 10.2' 
- Hanya 5 minit dari Bandar Tuaran
- Hanya 13 minit ke Tamparuli , Grand Merdeka Shopping Mall, Bandar Sierra, pekan Telipok, KKIP, Universiti Utama Condominium (UUC) dan Bukit Sepanggar.
- Hanya 18 minit ke Bandar Menggatal Utara
- Akses mudah ke bandar yang terdekat melalui Jalan Tuaran dan Jalan Sulaiman
- Akses mudah ke sekolah-sekolah, tarikan Pelancong, hospital dan kemudahan awam yang lain.

- PERCUMA YURAN GUAMAN S&P
- PERCUMA PENGURUSAN PINJAMAN BANK DAN LPPSA
- 'CASH REBET' RM20,000, RM15,000 DAN RM10,000 UNTUK 'EARLY BIRD'
- DISKAUN 5% UNTUK BUMIPUTERA ( LOT TERHAD )
- UNTUK PENDAFTARAN AWAL BELUM ADA KUTIPAN BOOKING FEE DIKENAKAN.

SILA HUBUNGI ; 
 01163714800 - Shirley






RUMAH TERES DUA TINGKAT





TAMAN VILLA NALUYAN @ TENOM


DIBUKA UNTUK JUALAN FASA 1 DAN 2


Rumah teres dua tingkat di Tenom yang menampilkan reka bentuk yang moden, konsep banyak cermin untuk aliran udara dan cahaya yang baik serta menampakkan keluasan dalam rumah. Landskap tropika dikekalkan untuk memberi kesegaran udara kepada anda. Projek ini mempunyai 58 unit dan mempunyai 2 jenis rumah yang berbeza luas. Untuk masa hadapan, rumah ini sangat sesuai dijadikan sebagai pelaburan kerana lokasinya yang sangat strategik. Harga rumah ini juga pastinya akan melonjak naik pada masa akan datang.Rumah dijangka siap pada tahun 2020.

- HARGA LOT TENGAH BERMULA DARI RM318,500
- LUAS TANAH 1237.86 SQFT
- HARGA LOT TEPI BERMULA DARI RM340,860
- LUAS TANAH 2005.33-2699.61 SQFT
- 3 BILIK
- 3 TANDAS
- Keluasan: tingkat bawah type A: 17'x 32', tingkat atas 18.3'x 34'
- Tempat letak kereta: 17' x 17'
 - Belakang rumah: 20'x 17'
 - Hanya 4 km ke pekan Tenom - Akses mudah ke bandar yang terdekat melalui Jalan tenom dan Jalan keningau
- Akses mudah ke sekolah-sekolah,klinik, tarikan Pelancong seperti taman pertanian, hospital dan kemudahan awam yang lain.

 -PERCUMA YURAN GUAMAN S&P
- PERCUMA PENGURUSAN PINJAMAN BANK DAN LPPSA
- 'DISKAUN' RM20,000 ( TERHAD 10 UNIT )
- DISKAUN 5% UNTUK BUMIPUTERA ( LOT TERHAD )
- BOOKING FEE RM500 ( AKAN DIKEMBALIKAN SELEPAS PINJAMAN LULUS ).

 SILA HUBUNGI ; 01163714800 - Shirley








07 April 2015

KOS YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBELI RUMAH

Tiga atau empat tahun yang lepas, kita masih boleh mendapat harga rumah yang bermula dari RM150,000. Pada masa itu, ramai orang yang menyatakan bahawa harga tersebut adalah sangat mahal, tidak berbaloi, dan tidak wajar. Namun setiap tahun saya memerhatikan harga rumah tetap meningkat dari masa ke semasa dan ini sudah  pastinya berita buruk bagi mereka yang belum memiliki rumah sendiri. Sejak dari tahun 2010 sehingga tahun 2012, kerajaan beranggapan bahawa harga dalam lingkungan RM200,000 adalah harga yang ‘berpatutan’ bagi pembelian sesebuah rumah. Ini terbukti apabila kerajaan melancarkan Skim Rumah Pertamaku buat pertama kalinya untuk membantu pembeli menampung pembiayaan rumah yang berharga sehingga RM220,000.

Walaubagaimanapun, menjelang akhir tahun 2012, ia telah menjadi semakin jelas bahawa rumah yang berada dalam lingkungan harga RM200,000 ini telah menjadi sesuatu yang jarang akan didapati di pasaran. Para pembeli rumah pertama kali mendapati kemampuan mereka tidak dapat membiayai harga rumah-rumah yang berada di pasaran. Apabila kerajaan juga menyedari keadaan harga hartanah (rumah) yang semakin meningkat, kerajaan juga telah meningkatkan harga maksimum bagi rumah yang layak untuk SRP mencapai sehingga RM400,000.

Bagi golongan yang berpendapatan rendah, mereka mendapati bahawa ia amat melucukan kerana tag harga sebanyak RM400,000 untuk sebuah rumah telah dianggap sebagai harga ‘berpatutan’. Di mana harga tersebut sebenarnya adalah di luar kemampuan golongan berpendapatan rendah ini. Usaha-usaha kerajaan untuk cuba menentukan harga ‘berpatutan’ bagi sebuah rumah mampu milik menunjukkan bahawa usaha tersebut perlulah dinilaikan dengan keadaan peribadi kita. Tingkat harga yang mungkin menjadi ‘berpatutan’ kepada anda pada hari ini mungkin tidak akan memberikan taraf hidup yang sama berbanding dengan tingkat harga yang ‘berpatutan’ kepada anda pada 5 tahun yang lalu.

Pertama sekali, kita mulakan daripada kos kemasukan awal bagi pembelian sebuah rumah. Jadual di bawah menunjukkan pelbagai jenis pendahuluan tunai yang perlu dibayar oleh seseorang ketika membeli rumah dalam lingkungan harga yang diberikan. Terdapat bayaran muka sebanyak 10% yang dikenakan daripada harga rumah yang ingin dibeli, bersama dengan bayaran lain seperti Yuran Guaman dan Duti Setem.




Jika kos kemasukan di atas kelihatan tidak menggalakkan, jangan risau! Ada harapan lagi. Jika anda merupakan seorang pembeli rumah pertama kali, terdapat skim dan kaedah tertentu yang boleh meringankan bebanan anda untuk menyimpan wang tunai yang mencukupi. Ini termasuklah:

1.) Skim Rumah Pertamaku, yang membolehkan anda untuk mengambil pinjaman 100% untuk membeli rumah dan mengelakkan bayaran muka sebanyak 10% (Sila hubungi Encik Ridwan di talian 019-862 6168 untuk keterangan lanjut).

2.) Skim KWSP yang membolehkan anda mengeluarkan wang daripada Akaun 2 KWSP anda untuk membayar bayaran muka rumah tersebut.

Walaupun seseorang berkemampuan untuk menampung kos kemasukan awal dalam pembelian rumah, seseorang itu juga perlu layak untuk mendapatkan pinjaman perumahan supaya proses pembelian ini boleh diteruskan. Terdapat dua kriteria yang perlu dipertimbangkan untuk menilai sama ada sesebuah pinjaman perumahan mampu untuk dimiliki atau tidak.

Pertamanya, adakah pendapatan anda memenuhi tahap pendapatan minimum yang boleh diterima oleh sesebuah bank untuk diberikan pinjaman?  Kedua, jika anda layak untuk pinjaman tersebut, adakah anda mempunyai baki wang yang mencukupi selepas membayar ansuran bulanan anda?Ia adalah tidak bijak untuk membuat pembelian rumah jika salah satu jawapan anda di atas adalah "Tidak".





Jadual di atas menunjukkan anggaran untuk tahap pendapatan minimum yang diperlukan oleh seseorang supaya layak untuk mendapatkan jumlah pinjaman seperti yang disenaraikan di jadual atas. Ia juga menunjukkan anggaran untuk ansuran bulanan yang perlu dibayar. Pengiraan ini tidak mengambil kira apa-apa komitmen lain yang anda mungkin ada!

Kesimpulannya, walaupun keadaan kewangan peribadi anda mungkin unik, tetapi kos yang berkaitan dengan pembelian rumah adalah ditetapkan mengikut harga. Cara terbaik untuk mengetahui berapa harga yang anda mampu atau harga yang berpatutan adalah dengan membandingkan kewangan peribadi anda dengan kos yang diperlukan.

CERITA TENTANG KWSP LAGI


Untuk makluman saudara dan saudari, Sabahhouse adalah bahagian pemasaran rumah-rumah baru di Sabah dan bahagian pengurusan dokumen pinjaman perumahan sahaja. Untuk urusan pengeluaran kwsp atau pengurusan pinjaman perumahan BPP untuk membeli atau membuat rumah adalah diluar bidang Sabahhouse. Artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian sahaja.

Jumlah pembaca bahagian topik pengeluaran KWSP di blog Sabahhouse

Jumlah pembaca blog sabahhouse di topik 'PENGELUARAN KWSP UNTUK MEMBINA RUMAH ( UNTUK PENCARUM KWSP ) mencapai angka pembaca yang tinggi berbanding dengan tajuk-tajuk lain yang ada didalam blog Sabahhouse.Saya berpendapat betapa pentingnya kita mengetahui cara-cara untuk mengeluarkan KWSP kita untuk membeli atau membuat rumah sendiri memandangkan rumah adalah aset material manusia yang sangat penting dalam kehidupan ini. Saya sedar betapa rakyat sabah sangat terhimpit untuk membeli rumah yang semakin hari semakin mahal sedangkan gaji atau pendapatan pun tidak mampu menampung bulanan bayaran balik rumah tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak berani membeli rumah sekarang dengan alasan harga yang mahal sudah tentu pada masa hadapan anda pasti kecewa kerana harga rumah tetap akan meningkat sebanyak 10 hingga 15 peratus setiap tahun. 

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang proses pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk membuat pembayaran downpayment pinjaman perumahan.

Di antara dokumen yang perlu disediakan adalah:
-Salinan kad pengenalan
-Salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) Rumah
-Salinan bank statement atau buku bank
-Salinan surat kelulusan pinjaman bank
-Dan sila bawa bersama salinan asal (original copy) untuk setiap dokumen yang difotostat tadi.

Selepas itu, pergi ke mana-mana pejabat KWSP dan isi Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5). Duit dari Akaun 2 anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank dalam tempoh masa dari dua hingga empat minggu.

Satu lagi pesanan saya, pastikan segala maklumat seperti nama, alamat, dan sebagainya adalah sama di dalam Perjanjian Jual Beli (S&P) Rumah dan juga surat kelulusan pinjaman bank. Jika tidak, pegawai KWSP akan terpaksa menolak permohonan anda dan meminta anda membetulkan kesalahan yang ada sebelum datang semula ke pejabat KWSP.

Saya berharap perkongsian ini dapat membuka jalan anda untuk membeli atau membina rumah sendiri.

03 April 2015

PRIMA PROGRAM PERUMAHAN 1 MALAYSIA

PRIMA PROGRAM PERUMAHAN 1 MALAYSIA

Perumahan Rakyat 1Malaysia PR1MA (disebut "prima") ialah satu skim yang bertujuan menggalakkan golongan berpendapatan sederhana untuk memiliki hartanah kediaman. Kediaman PR1MA terletak di dalam kawasan berkomuniti, mempunyai pelbagai jenis dan saiz, dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000. Berikut adalah maklumat penting mengenai PR1MA yang perlu anda tahu.(PR1MA disasarkan untuk golongan berpendapatan sederhana, untuk yang berpendapatan rendah kerajaan ada memperuntukkan Skim MyHome).




Kriteria kelayakan untuk permohonan PR1MA

- Warganegara Malaysia.

- Berumur 21 tahun dan ke atas semasa permohonan dibuat.

- Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM7,500.

- Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah

- Tertakluk pada garis panduan tambahan mengikut negeri. 


Syarat-syarat pemilikan kediaman PR1MA

- Kediaman PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka.

- Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.

- Rumah PR1MA wajib didiami pemilik.

- Rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik untuk 10 tahun pertama. 


Proses memohon kediaman PR1MA

1. Buka akaun

Buka akaun online di https://register.pr1ma.my/Account/Register

Aktifkan akaun dalam masa 14 hari dengan mengklik pautan dalam emel yang dihantar oleh PR1MA. Buat kata laluan baru untuk akaun PR1MA anda. 

2. Daftar

Log masuk ke dalam akaun PR1MA menggunakan ID dan kata laluan anda.Isi borang secara online untuk mendaftar, pilih lokasi dan lampirkan semua dokumen yang diperlukan (salinan kad pengenalan dan slip gaji atau penyata bank terkini).

Terima nombor rujukan 12-digit PR1MA anda (contoh: P1212-0000125).Guna nombor ini bila berurusan dengan PR1MA.

Pihak PR1MA akan memaklumkan mengenai lokasi pilihan yang bakal dilancarkan melalui emel dan SMS.

3. Tempah rumah pilihan anda


Layari http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php. untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pelancaran dan harga kediaman PR1MA.

Sebaik sahaja projek pembangunan PR1MA di lokasi pilihan anda dilancarkan, anda MESTI mengikut langkah-langkah di bawah untuk melayakkan diri bagi cabutan undi:

Log masuk ke akaun PR1MA menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda.

Kemas kini maklumat peribadi (jika ada) untuk memohon cabutan undi. 

Pilih dan mohon kediaman pilihan melalui senarai yang disediakan.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan di nombor telefon 03-7962 4374 hari Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang) atau Sabtu (9:00 pagi – 1:00 petang), atau emel  info@pr1ma.my.